Pages

Salam Sejahtera...


Selamat Datang dan tahniah diucapkan kepada anda semua kerana anda sekarang sedang menerokai dunia maya yang penuh informasi dan berteknologi tinggi berasaskan penggunaan internet sepenuhnya. Perkataan nternet yang saya maksudkan di sini adalah melakukan segala aktiviti secara ‘Online’. Ya, secara ‘Online’!!! Kalau kita lihat perkembangan dunia teknologi pada masa kini, segala jenis urusan atau aktiviti yang dijalankan oleh saudara-saudara kita di luar sana banyak menggunakan internet sebagai medium perantaraan bagi mempromosikan produk mereka sekiranya mereka melakukan perniagaan secara ‘Online’. Lihatlah kebijaksanaan mereka dalam memanipulasikan internet sepenuhnya untuk meraih keuntungan dengan berlipat ganda. Lihat saja AirAsia.com iaitu syarikat penerbangan tambang murah negara kita yang telah memperkenalkan konsep penjualan tiket secara ‘Online’. Mereka sebenarnya berjaya mencipta nama hasil daripada penjualan ‘Online ticket’ selain daripada konsep tambang murahnya. Contoh terdekat yang biasa kita lihat adalah konsep maybank2u.com. Mengapa saya ambil maybank2u.com? Ini adalah kerana dengan kewujudan maybank2u.com, segala jenis pembayaran bil elektrik, telefon, air dan urusan transaksi keluar atau masuk wang dapat dilakukan secara ‘Online’. Segala urusan hanya di hujung jari… Mudah bukan!!!

Tujuan sebenar saya menulis artikel ini adalah untuk menghebahkan tentang konsep pendidikan secara ‘Online’ iaitu eLearning, Score A Programme yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia terutamanya Lembah Kelang dan pantai timur (Terengganu). Pernahkah anda mendengar tentang Score A Programme? Saya pasti bahawa ada segelintir daripada kita dan tidak keterlaluan saya katakana bahawa kebanyakan daripada kita tidak mengetahuinya pun mengenai program Score A yang hebat ini. Sebenarnya, program Score A ini telah diwujudkan sejak tahun 1999. Kalau nak diikutkan, sedar tak sedar program Score A ini telah mencapai tahun yang ke-9 kewujudannya. Mengikut kiraan tahun, syarikat ini adalah teramat kukuh kerana mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkaliber dan mempunyai kekuatan jenamanya yeng tersendiri iaitu Score A Programme. Cumanya, program Score A sentiasa dipertingkatkan kualitinya bagi memenuhi kehendak pendidikan semasa di negara kita.

Kewujudan Score A ini adalah sebagai satu anjakan paradigma bagi memenuhi tuntutan Dasar Pendidikan Kebangsaan berasaskan pembelajaran ICT. Tahukah anda bahawa pada tahun 2009, logo Score A akan di “branding” kan atau dijenamakan di setiap sekolah supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dapat mengenali Score A Programme. Ini kerana pada tahun 2010, 100% sekolah di seluruh Malaysia akan ke arah menjadi sekolah bestari. Ini bermakna, nak tak nak murid-murid dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan internet sepenuhnya sewaktu proses pembelajaran dan membuat latihan. Secara tak langsung, penggunaan buku teks dan buku latihan akan cuba dikurangkan bagi mengatasi masalah bebanan buku yang terpaksa dipikul terutamanya oleh murid-murid di sekolah rendah di mana ianya menjadi satu isu yang teramat serius yang pernah dibangkitkan satu ketika dahulu. Untuk pengetahuan anda, semua sekolah di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat sudah menuju ke arah ”Smart School” sejak tahun 2005 iaitu keseluruhan pembelajaran menggunakan kaedah eLearning. Para pelajarnya tidak perlu membawa bebanan buku yang terlampau banyak kerana setiap daripada mereka hanya perlu membawa minidrive / thumbdrive / USB flash untuk menyimpan nota-nota atau latihan.
Kesimpulannya, penggunaan kertas dapat dijimatkan hampir 100%. Inilah antara sebab musabab mengapa Kementerian Pendidikan terpaksa memikirkan jalan alternatif yang dianggap terbaik bagi membendung masalah yang dihadapi oleh murid-murid mengenai bebanan buku teks yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Hasilnya, pihak Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan segera dengan mencontohi langkah bijak yang telah dilakukan oleh negara-negara yang telah disebutkan di atas tadi.
Pada tahun 2010, makmal komputer dan akses centre akan diperluaskan secara menyeluruh di sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Peruntukan RM150 juta dalam RMK9 akan disalurkan bagi mengembangkan pembelajaran berkonsepkan eLearning. Para pelajar terpaksa memahirkan diri dengan konsep eLearning ini samada mereka tahu atau tidak mengenai IT. Jika kita merupakan seorang yang sentiasa prihatin kepada kebajikan pendidikan anak-anak, kita tentunya akan membuat langkah awal dengan menyediakan prasarana internet yang terbaik di rumah. Ini adalah untuk memastikan mereka tidak akan kekok apabila belajar secara ”Online” di sekolah kelak kerana mereka telah membuat persiapan yang rapi. Zaman persekolahan kita mungkin sudah berlalu, tetapi anda haruslah berfikir sejenak bahawa konsep pembelajaran kita pada zaman dahulu dan kini adalah berlainan sama sekali. Jangan kita dipersalahkan kelak oleh perkara ini oleh anak-anak, adik-adik dan saudara mara kita sendiri kerana ketidakpekaan anda. Oleh itu, fikir-fikirkanlah…

Projek Score A ini telah mendapat endorsement daripada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Aziz Shamsuddin pada 25 Ogos 2002, Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein pada 3 Mac 2006, Cikgu Rokiah Alias (JUSA C) Mantan Pengetua Cemerlang Kolej Tuanku Kurshiah (TKC), Seremban, Negeri Sembilan (1998 – 2005) dan daripada emak Amalina iaitu pelajar cemerlang Johor yang telah mendapat 17A dalam SPM. Teruskan pembacaan anda…Konsep pembelajaran Score A Programme atau e-Tuisyen ini adalah 24 Jam / Sehari. 365 hari dalam setahun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

btemplates

0 comments:

Lain-lain tentang Score A Programme

ARKIB klik Score A