Kisah Sebuah Kedai Mamak Baru...
Salam sejahtera..
Aku baru balik melepak restoran mamak yang baru diupgrade. kat AU3 Keramat ..mungkin ada management baru ambil alih.Setahu dan seingat saya termasuk yang ini sudah yang ke 4 kali sudut hujung ini dijadikan restoran.Jika sebelum ini restoran mamak yang guna nama Kg Pandan Kari Kepala Ikan...sebelum tu kalau tak silap kedai tom yam..tapi sekarang restoran ameen maju.Tapi ameen maju ni lain macam sikit..ramai pulak orang..baru nampak 1malaysia.
Ketika melayan nescafee tarik sambil mata menjeling pelangan yang keluar masuk,terfikir kenapa mamak ni ada sambutan sedangkan sudut hujung ini asyik bertukar tetapi kenapa?Mungkin sinopsis yang boleh dibuat,apakah lokasi itu penting?Sambil meneguk nescafee terfikir perubahan untuk lebih baik itu tidak salah,yang salah jika tidak mahu berubah.Mamak ini membelanjakan duit untuk mengubah suai restoran sebab itu dia berjaya mengubah persepsi orang sebelum ini yang tidak sudi nak melangkah ke sudut hujung itu.
Hampir sejam setengah bercerita kedai mamak,time nak gerak sudah sampai,time nak bayar.Alamak nescafee tarik rm1.80 segelas?Memang betul mamak ni berubah,harga pun dia boleh ubah-ubah kasi mahal.Membebel kejap aku dengan rakan aku tetapi nak buat macam mana sebab kita berada di dunia yang semuanya memerlukan duit.Life's priceless!
Cuba anda imaginekan apa hubungan cerita kedai mamak baru dan harga nescafee tarik?Sama-sama kita berkongsi...Sambil imagine dengarkan lagu ini.
DUIT-Kembara
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
0 comments:
Post a Comment